Cara buat QR code My Sejahtera

Cara buat QR code My Sejahtera sangatlah mudah. Bagi kita yang memerlukan QR code sama ada untuk tujuan kenduri, atau untuk premis perniagaan, atau majlis, atau majlis perkahwinan bolehlah belajar dari video yang dimuat naik oleh Saif Studio ini.

Drama Pendek QR code My Sejahtera

Bos menerima email permohonan dari 4 orang pelajar untuk menggunakan makmal komputer di pusat komputer mereka. Dia meluluskannya kemudian meminta Jason untuk memastikan keadaan makmal sentiasa mematuhi SOP.

Bos: Jason, hari rabu ini akan ada pelajar yang menggunakan makmal komputer kita. Tolong pastikan makmal komputer kita sentiasa mematuhi SOP ya.
Jason: Okey bos, saya akan periksa pada jam 2.00 petang ini, selepas makan tengah hari.
Bos: Kalau dah siap, bagitahu saya ya.
Jason: Baik bos.
(Pada jam 2:15 petang)
Jason: Bos, Makmal komputer kita dalam keadaan bersih dan telah mematuhi SOP. Saya baru saja selesai menyediakan pengimbas suhu, hand sanitizer, buku pen dan akhir sekali QR code My Sejahtera.
Bos: Okey Jason. Terbaik. Terima Kasih.

(Drama ini hanya rekaan semata-mata mengikut imaginasi penulis untuk tujuan mencari makan)

Video Cara buat QR code My Sejahtera


Cara buat QR code My Sejahtera

1. Pergi ke https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/
2. Sign-up dengan No telefon
3. Klik "I'm not a robot"
4. Pilih Gambar
5. Klik "Verify"
6. Klik "Register"
7. Tunggu OTP Verification
8. Masukkan no OTP
9. Submit
10. Isi Profil Syarikat
11. Submit
12. Masukkan email
13. Klik "Email me"
14. Periksa email
15. Print dan tampal dipremis perniagaan kita.
16. Cuba scan QR code yang telah diprint.
17. Tahniah! Anda telah berjaya.

Kesimpulan

Inilah cara buat QR code My Sejahtera yang dapat membantu kita mengurangkan jangkitan covid19 di negara kita yang tercinta ini. Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan makna dan nilai hidup antara kita. Ingin tahu informasi lebih lengkap tentang tutorial, tips dan trik yang berkaitan dengan informasi dan teknologi terkini, silakan lihat di channel Saif Studio.

Belajar juga Cara Menulis Pendahuluan Artikel

Cara buat QR code My Sejahtera

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel