Cara Menulis Artikel yang Baik untuk Blogger Pemula

Cara Menulis Artikel yang Baik untuk Blogger Pemula ini sesuai dibaca oleh blogger yang baru saja berkecimpung dalam dunia blogging. Walau bagaimanapun, bagi blogger senior yang ingin mencari corak penulisan baru bolehlah membaca panduan ini sehingga tamat. Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk mendedahkan kepada anda Cara menulis artikel yang baik supaya anda dapat menghasilkan artikel yang baik untuk blog anda. Sebabnya ialah blog anda berpotensi menjana pendapatan sampingan pada masa depan. Berikut ini adalah cara-caranya;

Cara Menulis Artikel yang Baik untuk Blogger Pemula


1. Menggunakan Headings untuk membahagikan perenggan

Apabila kita menggunakan heading, kita dapat membina ruang putih yang juga dikenali sebagai ruang untuk pembaca mengatur nafas ketika membaca artikel kita. Menggunakan heading sangat penting kerana kebanyakkan pembaca hanya scan artikel kita. Dan hanya jika timbulnya rasa ingin tahu tentang heading kita, maka barulah mereka akan membaca ayat demi ayat.

2. Teks dan panjang perenggan

Secara amnya, tetapkan setiap perenggan pendek dan menarik. Anda boleh menulis 1 hingga 5 ayat dalam satu perenggan. Elakkan perenggan yang panjang kerana ini akan membuatkan blog anda kelihatan seperti dinding teks, terutamanya ketika pembaca membaca dari handphone. Kebanyakkan pembaca sekarang menggunakan handphone jadi perlu titik beratkan aspek ini. Jika tidak, pembaca tidak akan membacanya. Selain itu, gunakan juga bulletpoint kerana saya juga menyukai gaya ini untuk penerangan sesebuah isi.

3. Gaya penulisan yang ingin digunakan

Setiap orang mempunyai gaya penulisan tersendiri. Ada yang suka menggunakan ayat pendek, dan ada yang suka menggunakan banyak koma dalam satu ayat. Tiada yang salah dengan itu. Itulah gaya anda. Apa yang penting disini ialah variasi pada ayat anda. Tulis ayat pendek, tulis juga ayat panjang. Gunakan HURUF BESAR, gunakan Italic, Bold dan Underline mana-mana yang berkenaan.

4. Format artikel yang digunakan

Anda boleh juga mengikut format ini:

  • Pendahuluan - 1-5 perenggan, masing-masing terdiri dari 1-5 ayat
  • Header 1 (Isi pertama) - 1-5 perenggan, masing-masing terdiri dari 1-5 ayat
  • Header 2 (Isi kedua) - 1-5 perenggan, masing-masing terdiri dari 1-5 ayat
  • Kesimpulan - 1-3 perenggan, masing-masing terdiri dari 1-5 ayat.

Sekali lagi, ini hanya panduan yang sesuai untuk pemula. Anda boleh ubah mengikut kesesuaian.

5. Font teks dan saiz

Ambil jenis font yang umum seperti Times New Roman atau Arial. Walaupun font tidak menganggu perhatian pembaca dari memahami mesej anda, tapi ia masih lagi memainkan peranan besar pada persepsi pembaca. Untuk saiz font, pastikan teks cukup besar untuk dibaca dan pembaca tidak perlu mengecilkan mata ketika membaca. Kadang-kadang, anda mungkin suka untuk meletakkan emoji atau kustom css untuk mengurangkan jarak huruf atas alasan estetik. Boleh juga tapi jangan terlalu kerap dalam satu artikel.

6. Mengedit Artikel

Semua orang boleh menulis, tapi tidak semua boleh menyunting. Inilah perbezaan antara penulis yang okey dan penulis yang baik. Semua penulis yang baik adalah penyunting yang baik, ATAU mereka menyusun karya penyuntingan mereka. Menyunting adalah kemahiran yang lain, tetapi berikut adalah 3 perkara yang harus diketahui oleh pemula semasa menyunting artikel:

1. Pendekkan ayat.
2. Gunakan ayat mudah.

Selain itu, anda juga boleh memperbaiki kemampuan menulis anda dengan memperbanyakkan membaca. Manfaat membaca tidak Tidak dapat dinafikan lagi. Sebagai tambahan, Penulisan ‘sempurna’ tidak wujud, semuanya itu adalah subjektif.

Apa yang boleh saya tulis?

Nah sekarang anda telah mengetahui asas penulisan yang baik. Selepas ini, apa yang anda akan tulis? Saya ingin katakan disini yang anda boleh menulis apa saja yang anda suka, asalkan ia dapat membantu pembaca setia anda. Itulah ulasan tentang cara menulis artikel yang baik untuk blogger pemula. Semoga perkongsian ini dapat memberikan inspirasi penulisan kepada anda. Untuk menemukan lebih banyak tips berkaitan blogging dan kewangan, silakan lihat di RinggitOhRinggit.com.

Gambar NeONBRAND

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel