Inilah Persoalan Saya Mengenai Blogger

Banyak persoalan yang timbul dalam fikiran saya mengenai pilihan saya untuk menjadi Blogger. Persoalan-persoalan ini membuatkan saya hilang tumpuan dan ragu-ragu kerana ia sentiasa bermain-main dalam fikiran saya. Bagaimana saya menyelesaikan masalah ini?  Cara saya ialah dengan meninggalkan persoalan-persoalan itu pada halaman ini supaya saya dapat kembali ke sini untuk membacanya semula.

Inilah Persoalan Saya Mengenai Blogger


Adakah blogger dibayar?

Blogger akan dibayar kerana menulis jurnal mereka secara online. Ada blogger yang suka menulis tentang prestasi blog, kewangan, tutorial, buku-buku, lirik-lirik dan macam-macam lagi. Lihat senarai  topik dari NiagahosterTapi sebelum anda melihat senarai topik tersebut, habiskan dahulu artikel ini, kerana saya akan mengongsikan jawapan untuk soalan adakah blogger dibayar? Jawapannya, Ya, blogger boleh memperoleh pendapatan dengan 2 cara. Bagi saya sendiri, inilah yang memotivasikan saya untuk terus menulis. Cara ini sangat popular dalam kalangan blogger. Selepas membaca artikel ini, anda, khususnya sahabat-sahabat bloggerku akan bersemangat untuk terus menulis artikel bagi blog masing-masing. Jadi, mari terus ke isi yang pertama. Dua cara utama blogger mendapatkan pembayaran melalui rangkaian iklan adalah Pay Per Impression (PPI) atau Pay Per Click (PPC). Mungkin sebelum ini, anda tertanya-tanya bagaimana sebenarnya seorang blogger memperoleh pendapatan dari iklan-iklan yang ada di blog mereka. Ya, sebenarnya banner-banner iklan yang ada dalam sesebuah blog itu akan menguntungkan si pemilik blog tersebut. Banner yang pelbagai saiz yang kadang-kadang diletakkan di sisi kiri atau kanan blog, atau dibawah tajuk, atau dihujung artikel bukan diletakkan tanpa sebab. Ia diletakkan pada tempat-tempat tertentu supaya dapat memaksimumkan keuntungan blogger. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai perkara ini di artikel Bagaimana Blogger dibayar. Untuk hari ini, saya akan mengongsikan pada anda 2 cara utama blogger mendapatkan pembayaran dari banner-banner yang ada di blog mereka.

Dibayar setiap ImpressionDengan iklan ini, penonton tidak perlu mengklik iklan tersebut agar blogger dapat memperoleh pendapatan. Mereka dibayar setiap impression, iaitu berapa kali iklan dilihat. Sebagai tambahan kepada pengetahuan anda, mengenai istilah dalam pengiklanan, Impression berbeza dengan Reach. Seperti yang saya bagitau sebelum ini, Impression ialah berapa kali iklan kita dilihat. Reach pula adalah jumlah orang berlainan yang tengok post kita. Kita kembali kepada point utama iaitu Impression, sekiranya ramai orang yang melawat blog yang telah memasang iklan Pay Per Impression. Setiap 1000 impression akan menguntungkan si blogger. Kita memanggilnya Pendapatan per seribu tayangan (RPM). Ini contoh pengiraannya, Jika jangkaan penghasilan anda sebesar $0,15 dari 25 pageviews, RPM laman Anda sama dengan ($0,15/25) * 1.000 atau $6,00. Jadi, apa kebaikan info ini kepada anda yang bergelar blogger. Ya, tentu saja, pasang matlamat untuk dapatkan 1000 pelawat setiap hari. Cubalah dan lihat apa yang akan berlaku. (Sebenarnya saya pun baru tersedar semula tentang RPM ini, selepas ini saya akan usahakan untuk mendapat 1000 pelawat di blog ini setiap hari.)

Dibayar setiap Click - Dengan iklan ini, penonton perlu mengklik iklan tersebut agar blogger dapat memperoleh pendapatan. Mereka dibayar setiap klik. Setiap klik menguntungkan si empunya blog. Itulah sebabnya ada blogger-blogger yang sengaja meletakkan iklan di bawah tajuk artikel mereka. Mendapatkan klik yang organik dari pelawat tidaklah mudah. Ini kerana, pelawat datang ke blog bukan untuk melihat iklan, tetapi melihat maklumat yang mereka mahu dari blog tersebut. Hanya sedikit saja orang yang akan mengklik iklan yang ada di blog seseorang. Mereka klik kerana iklan itu mempromosikan produk atau perkhidmatan yang mereka perlukan. Saya pun kadang-kadang mengklik iklan bukan kerana saya mahu menguntungkan pemilik website itu, tetapi saya mahu mengetahui lebih lanjut mengenai produk yang diiklankan.

Itulah cara yang popular dalam kalangan blogger untuk memastikan mereka dibayar dari aktiviti blogging mereka. Dan tahukah anda, saya sendiri masih berusaha untuk mendapatkan kelulusan dari Google Adsense supaya mereka memasang iklan di blog saya ini. Sudah lebih dari 4 kali saya memohon tetapi masih lagi tidak berjaya. Saya tidak akan putus asa, kerana saya sudah tahu apa yang patut saya cuba lakukan seterusnya iaitu berusaha untuk menarik sekurang-kurangnya 1000 orang ke blog ini setiap hari. Jika anda mahu tahu caranya, datanglah setiap hari, isnin hingga jumaat, untuk melihat topik apakah yang saya gunakan untuk menarik 1000 orang ke blog ini. Okaylah, itu saja untuk hari ini. Kita jumpa lagi pada artikel yang akan datang. Stay Safe Guys.

Bagaimana Blogger dibayar?

Saya masih baru dalam dunia blogging tapi saya ingin menulis tentang bagaimana seorang blogger dibayar. Ini adalah semata-mata untuk mengisi blog ini dengan soalan dan jawapan yang sering ditanya oleh kebanyakkan orang diluar sana. Tanpa berbasa-basi lagi, inilah jawapan kepada persoalan diatas iaitu blogger dibayar berdasarkan jumlah klik pada iklan yang ada di laman web mereka. Itulah cara yang paling popular dalam kalangan blogger. Puas hatikah dengan jawapan ringkas di atas? Jika tidak, saya akan teruskan lagi penggalian mengenai topik ini. Padahal, saya sebenarnya suka kalau sahabat-sahabat semua membaca tulisan saya di blog ini. Kerna itu akan membantu blog saya menjadi berharga di hati sahabat-sahabat semua.

Meletakkan Banner di Blog - Salah satu cara blogger menjana wang adalah dengan meletakkan iklan di laman web mereka. Iklan itu ada dalam bentuk Sepanduk atau Banner. Banner dalam bahasa Malaysianya ialah Sepanduk. Selalunya, banner ini diletakkan di beberapa bahagian dalam blog. Ada blogger yang meletakkan di Bar Sisi Kanan. Ada yang meletakkan di Bar Sisi Kiri. Ada yang meletakkan di kepala blog. Ada juga yang meletakkannya di bawah tajuk atau di akhir sesebuah artikel. Banner pula ada beberapa saiz. Ada banner akan menjadikan blog kita lebih menarik jika diletakkan ditempat yang betul. Untuk Google adsense, ada katogeri banner iaitu Banner untuk Mobile dan Banner untuk Komputer.

Banner untuk Mobile - Kebanyakkan orang pada masa ini melayari internet dengan menggunakan telefon bimbit mereka. Oleh itu, Google telah menyediakan beberapa saiz banner yang sesuai dengan paparan mobile. Saiz-saiz tersebut ialah seperti di bawah ini.

Banner untuk Komputer - Banner untuk paparan komputer pula akan terkeluar apabila pengguna melawat blog anda dengan menggunakan komputer mereka. Berikut adalah saiz-saiz banner yang disediakan oleh Google untuk blogger-blogger yang mahu memasangkan iklan bagi blog mereka.

300 x 250 - Klik disini untuk melihat imejnya
336 x 280 - Klik disini untuk melihat imejnya
728 x 90 - Klik disini untuk melihat imejnya
300 x 600 - Klik disini untuk melihat imejnya
160 x 600 - Klik disini untuk melihat imejnya
970 x 90 - Klik disini untuk melihat imejnya
468 x 60 - Klik disini untuk melihat imejnya
250 x 250 - Klik disini untuk melihat imejnya
200 x 200 - Klik disini untuk melihat imejnya

Bayaran Klik Berdasarkan Topik - Bayaran setiap klik adalah berbeza. Ada iklan yang dipasang berdasarkan topik yang disajikan di sesuatu blog, ada juga iklan yang disediakan berdasarkan aktiviti anda di Google. Setiap kali pembaca mengklik iklan, anda dibayar untuk klik tersebut. Selalunya iklan insurans dan keretalah yang akan menjanjikan bayaran yang tinggi untuk setiap klik yang berlaku di blog anda. Jika blogger banyak menulis tentang insurans, dan Google pula meletakkan iklan berkaitan insurans di blog anda, anda berpeluang untuk mendapatkan bayaran klik yang lebih tinggi. Mengikut data yang saya dapat dari laman web Semrush, bayaran pay per click bagi topik insurans di United States ialah $17.55. Lumayankan? Tapi itu kalau di United States, kalau di Malaysia? Saya akan menulis tentang ini pada masa yang akan datang. Yang penting anda mengetahui bahawa topik yang anda tulis diblog mampu menjanjikan bayaran yang tinggi untuk Pay Per Click.

Menerima Bayaran Pendapatan - Anda mungkin datang ke artikel ini kerana ingin mengetahui cara pembayaran pendapatan yang diperoleh oleh seseorang blogger dari Google adsense. Berikut ialah langkah-langkahnya.

1. Login ke akaun AdSense.
2. Klik Pembayaran
3. Klik Kelola Metode Pembayaran.
4. Di bagian "Tambahkan Metode Pembayaran", masukkan informasi bank Anda.
5. Jika Anda ingin metode pembayaran ini menjadi metode pembayaran utama Anda, tandakan kotak Tetapkan sebagai metode pembayaran utama.
6. Klik Simpan.

Itu sahaja, selebihnya akan diuruskan oleh Google. Sekiranya anda mahu lebih banyak maklumat mengenai topik ini. Sila pergi link ini untuk membaca lebih lanjut. Itu sahaja untuk hari ini, saya harap artikel ini akan membantu anda mengetahui bagaimana seseorang blogger dibayar. Bagi sahabat-sahabat blogger yang patah semangat untuk menulis, saya harap selepas membaca artikel ini, anda akan bersemangat semula. Terima kasih, kita akan berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.

Kenapa Blogger Bangun Awal?

Idea menulis datang tanpa diundang. Kadang-kadang ia datang ketika menghidupkan moto, ketika berada diatas jalan raya, ketika membaca, ketika bermain game dan ketika berada di meja makan. Dalam sehari hanya ada 24 jam, menunggu kedatangan idea itu benar-benar membuatkan insan yang bergelar blogger bersemangat untuk bangun lebih awal kerana mahu menunggu kemunculan idea yang datang pada bila-bila masa. Tiada yang dibanggakan dengan bangun awal, cuma bagi seorang yang sentiasa menanti-nantikan kemunculan idea, itu akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Tidak hairanlah, ada beberapa tokoh yang terkenal suka untuk menyimpan kertas dan pen pada poket sendiri kerana menyedari idea atau ilham yang datang perlu ditulis secepatnya.

Berapa Bayaran blogger yang fokus pada satu niche ?

Bayaran blogger bergantung pada tahap keaktifan dan umur sesebuah blog. Seperti 2 blog ini  teach4theheart.com dan Raymond.cc. Blog Teach4theheart telah berusia 7 tahun dan sekarang anggaran pendapatan blog ini adalah $2,580 setiap bulan. Manakala, Blog Raymond pula telah berusia 17 tahun dan sekarang anggaran pendapatan blog ini adalah $35,430 setiap bulan. Bagi saya, blog yang fokus pada satu niche adalah yang terbaik untuk dikembangkan.

Adakah menulis blog dibayar ?

Menulis blog dibayar sekiranya ada iklan yang dipasang dalam blog. Ada banyak iklan yang boleh dipasang di blog kita, dan yang paling popular ialah Google Adsense dan  Amazon. Jika kita pakar tentang sesuatu perkara, tulislah blog yang berkaitan dengan kepakaran kita, jangan tulis apa yang kita tidak tahu kerana ia akan mengurangkan keyakinan kita untuk menulis. Tapi, jangan mengharap terlalu cepat kerana menulis blog ialah permainan jangka panjang. Jika kita orang yang inginkan hasil yang cepat, lebih baik jangan mulakan. Kita boleh juga menjual buku yang terdapat di Klikjer.com.

Cara menjadi blogger yang dibayar

Cara menjadi blogger yang dibayar ialah Menulis karangan di blog sendiri. Anda boleh belajar membuat blog berpandukan Tutorial Mudah Membuat Blog dengan Blogger. Jika anda mahu hasil yang lebih cepat, mulakan menulis di dalam blog yang menggunakan nama domain sendiri, anda boleh memilih nama domain dari penyedia Domain Malaysia iaitu iWHOST kerana mereka dapat menjawab persoalan anda dengan cepat dalam tempoh 24 jam. Selepas membeli domain, terus terbitkan artikel secara konsisten. Saya cadangkan terbitkan satu artikel setiap hari dari isnin hingga jumaat seolah-olah ia telah menjadi pekerjaan hakiki anda.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel