Cara Menghidupkan Sistem Kerja supaya Konsisten
Seorang rakan saya pernah memasang impian besar untuk menulis sebuah buku. Pada minggu pertama, dia berkobar-kobar menulis selama 4 jam sehari. Namun, masuk minggu kedua, kepenatan dan kesibukan kerja mula menguasai dirinya hingga impian tersebut terbengkalai begitu sahaja hanya kerana dia merasakan "tiada masa yang cukup" untuk mengekalkan rentak asal.
Situasi seperti ini kerap berlaku apabila kita menyangka untuk jadi konsisten, kita mesti sentiasa menghasilkan kerja berkualiti tinggi dan sempurna setiap hari. Hakikatnya, rahsia utama untuk memastikan sesuatu projek kekal bernyawa bukannya dengan memaksa diri, tetapi dengan mengurangkan kuantiti dan kualiti kerja mengikut kesanggupan semasa, supaya sistem kerja anda kekal bergerak walaupun pada hari anda paling kurang bermotivasi.
Untuk memastikan sistem kerja ini tidak sekadar menjadi teori, ia perlu dimulakan dengan satu komitmen yang sangat spesifik dan jelas:
1. Tentukan objektif
Tentukan satu objektif yang muktamad. Begini alsannya, dalam fikiran kita ada banyak idea. Tapi, sebagai manusia yang terhad, kita kena pilih satu. Jika kita tidak memilih satu idea yang muktamad, tumpuan kita akan terbahagi-bahagi. Pilih satu idea yang terbaik. Idea yang terbaik ialah idea yang membantu kita mencapai objektif. Sebagai contoh: Simpan RM1000 dalam bank Jika objektif anda berkaitan kewangan, anda boleh mulakan sistem penyimpanan tanpa tertekan menerusi teknik Bayar Diri Sendiri Dahulu. Selepas anda menetapkan satu objektif yang jelas, langkah seterusnya adalah menukarkan objektif tersebut kepada tindakan yang boleh diukur. Ini penting kerana matlamat tanpa ukuran nombor yang spesifik sukar untuk dipantau kemajuannya.2. Ukur usaha menggunakan nombor
Usahakan untuk mengaitkan setiap usaha kita yang seterusnya dengan nombor. Sebagai contoh;- Simpan RM100 setiap bulan
- Cari produk bernilai RM10
- Jual produk kepada 10 pelanggan
- Promosikan produk dalam 60 patah perkataan
3. Ikut kesanggupan semasa
Sebagai manusia, kesanggupan kita ada turun naik. Ada masanya kita rajin. Ada masanya kita sangat malas. Terimalah hakikat itu, kita tidak dapat lari darinya. Namun, ia bergantung pada persekitaran kita. Jika persekitaran kita dapat memotivasikan kita, kemungkinan kita akan rajin. Jika sebaliknya, janganlah berlaku keras pada diri kita sendiri; lakukanlah sesuai kesanggupan kita. Sebagai contoh: Jika sebelum ini kita dapat berusaha 100, namun bila malas, kita usahalah 1. Ini lebih baik daripada tiada kemajuan yang terlihat. Namun, walaupun kita mengikut kesanggupan semasa, usaha kecil tersebut perlu dirakam dan diukur secara berterusan. Rekod ini penting untuk memberi bukti visual bahawa anda masih maju dan berada di trek yang betul.4. Buat dan baca rekod kemajuan
Buatlah rekod kemajuan untuk kita baca pada waktu kita malas. Ada masanya, motivasi dan inspirasi tindakan relevan akan muncul bila kita membaca rekod kemajuan kita. Caranya cukup dengan menyediakan 3 maklumat dalam rekod kita iaitu tarikh, kuantiti dan jumlah peningkatan. Sebagai contoh:- 1/9/2022 - RM5
- 2/9/2022 - RM6 (+RM1)
- 3/9/2022 - RM6.50 (+RM0.50)
- 4/9/2022 - RM7 (+RM0.50)
- 4/9/2022 - RM7.10 (+RM0.10)