Cara Konsisten Simpan Duit tanpa Rasa Terbeban
Pada 13 Januari 2025, Dewan Ekonomi menerbitkan artikel mengenai formula kejayaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam pengurusan simpanan.
Apa yang ditekankan dalam artikel tersebut?
Artikel tersebut menekankan kepentingan mencarum secara konsisten dan menghadkan pengeluaran untuk memastikan simpanan persaraan mencukupi.
Bagi saya, pendekatan ini boleh dijadikan contoh bagi individu yang ingin tahu cara konsisten simpan duit. Tapi hakikatnya, menyimpan duit terasa susah.
Mengapa menyimpan duit terasa susah?
Sebenarnya anda bukan keseorangan. Saya juga selalu bermula dengan semangat tinggi untuk menyimpan, tetapi hanya bertahan selama beberapa minggu sebelum menyerah.
Hakikatnya, konsistensi adalah kunci untuk mencapai kejayaan kewangan dan ia memerlukan langkah kecil tetapi berterusan. Hari ini saya kongsikan cara menyimpan duit secara konsisten yang tidak membebankan.
Apa Itu Konsisten Simpan Duit? Ini Jawapannya.
Definisi umum konsisten simpan duit boleh dirumuskan sebagai keupayaan menabung secara berterusan, walaupun dalam jumlah kecil, untuk mencapai matlamat kewangan. Tetapi sebenarnya, ia lebih dari itu, konsisten menyimpan duit juga dapat membentuk karakter progresif dalam diri kita. Maksudnya, setiap ringgit yang disimpan bukan sahaja membina simpanan, tetapi juga mengukuhkan karakter progresif dalam diri kita setiap hari. Atau dalam bahasa mudahnya, semakin lama kita menyimpan, maka semakin kukuhlah karakter progresif dalam diri kita. Contohnya, hari ini RM1, esok RM2. Dengan sedikit peningkatan, kita sedang bergerak ke arah kemajuan yang sekaligus mengukuhkan karakter yang berkembang lebih baik daripada semalam.Cara Konsisten Simpan Duit tanpa Rasa Terbeban
Sekarang kita akan belajar cara untuk konsisten menyimpan duit tanpa rasa terbeban. Tapi sebelum saya menunjukkan caranya, kita perlu jaga 2 perkara utama iaitu;- Kemajuan
- Konsisten