Berhenti Kejar Bakat: Strategi 28 Hari Kuasai Gitar Walaupun Anda Sibuk Kerja 9-5
Ramai pemuzik amatur percaya bahawa bakat semula jadi adalah satu-satunya kunci untuk menguasai gitar dalam masa singkat.
Tetapi, hakikatnya konsistensi jauh lebih berkuasa daripada bakat.
Ini berlaku kerana momentum kecil setiap hari membina memori otot yang mustahil diperoleh melalui latihan paksa.
Oleh itu, dalam artikel ini saya akan membongkar strategi rahsia yang membolehkan saya kekal bersemangat sepanjang sedekad bermain gitar.
Inilah cara kekal bermain gitar walaupun sibuk kerja 9-5.
Hari 1: Kalibrasi Bunyi
Setiap kali saya memegang gitar, saya akan memetik semua tali gitar dari tali ke-6 hingga tali ke-1. Saya buat ini untuk memastikan ada kalibrasi bunyi antara tali 6 hingga tali 1. Biasanya saya menggunakan kalibrasi bunyi gitar standard iaitu E-A-D-G-B-e, sebab majoriti gitaris menggunakan bunyi staandard ini. Jika bunyi gitar saya tiba-tiba berbunyi E-C-D-G-C-e (dalam erti kata lain, sumbang), saya akan menggunakan aplikasi tuning untuk menetapkannya kepada E-A-D-G-B-e. Saya menggunakan aplikasi GuitarTuna: Tune & Play Guitar by Yousician Ltd untuk menetapkan bunyi standard. So, bolehlah gunakan ini untuk mengalibrasikan bunyi gitar dengan bunyi standard. Inilah kebiasaan saya setiap kali mula memegang gitar, iaitu memetik semua tali gitar dari tali 6 ke tali 1. Kenapa? Sebab saya mahu melatih telinga saya untuk membezakan bunyi standard dan bunyi random (dalam erti kata lain, sumbang).Hari 2: Pemilihan Repertoire
Selepas lebih 10 tahun bermain gitar, saya akhirnya merasai kesilapan saya pada mula-mula belajar gitar. Saya fikir dengan menghafal semua kord, saya akan mudah memainkan apa saja lagu yang ada di dunia ini. Tapi itu semua hanya membuang masa. Kenapa saya cakap membuang masa? Sebab saya terlalu fokus pada penghafalan kord yang merupakan bahagian kecil daripada keseluruhan proses persembahan. Saya tidak mahu mendengar kord, saya mahu menyanyikan lagu yang saya suka atau orang suka. Jadi, saya fikir lebih baik untuk fokus untuk menguasai Kitaran Penguasaan (Mastery Cycle) berdasarkan lagu kegemaran kita. Sebab selama bertahun-tahun bermain gitar, saya perasaan;- Jari saya "hafal" kedudukan tanpa saya perlu melihat papan jari (fretboard).
- Saya menemui kunci suara yang paling selesa bagi lagu kegemaran saya
- Saya mampu mengekalkan tempo dan dinamik dari mula hingga akhir lagu tanpa gangguan.
- Saya mula nampak corak (pattern) dalam kord progresion.
- Saya tidak lagi sekadar "main", tetapi mula "menjiwai".
- Saya perasaan kemahiran memilih lagu yang tepat ke hati pendengar ialah tindakan paling genius.
- Jadi kitaran ini memudahkan saya mempelajari lagu lain yang mempunyai kord yang sama pada bila-bila masa.