Duit Saya, Hak Saya: Kenapa Anda Perlu Berani Tolak Permintaan Hutang
Jon adalah seorang kerani yang suka berjimat. Dari tempat tidurnya di tepi meja komputer yang mengelilingi kawasan itu, dia membaca mesej whatsapp daripada pak ciknya yang mahu meminjam wang. Sebuah bayangan wang tunainya yang berkurang muncul di kepalanya pada hari itu.
Impiannya untuk mencapai baki positif wang pada bulan itu kerap muncul di kepalanya. Perasaan ingin mencapai kebebasan kewangan mengingatkannya akan tujuannya untuk menyimpan, iaitu mengejar faedah kompaun. Jon tetap memberikan pinjaman kepada pak ciknya. Dia berkata dalam hatinya, "Saya mahu menguji pak cik saya, adakah dia seorang yang menepati janji atau tidak?"
Namun, beberapa hari selepas itu, Pak Cik kembali lagi meminjam wang. Fikiran Jon mula berfikir-fikir cara untuk menolak pak ciknya secara lembut. Keadaan panas di biliknya yang hanya disejukkan oleh putaran kipas lantai mula bertambah panas.Tanpa disedari, Jon membalas kepada Pak Cik, "Bayar dulu hutang sebelum ini sebelum saya meminjamkannya semula."
Akhirnya, Jon berjaya mempertahankan duitnya di bank tanpa diganggu. Di sebalik tindakan tegas Jon itu, tersembunyi satu dilema besar: bagaimana kita mahu menjaga hubungan silaturahim tanpa merosakkan 'poket' sendiri?"
Duit saya hak saya
Pakar kewangan peribadi terkemuka dari Amerika Syarikat, Dave Ramsey, sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa duit kita adalah hak kita. Apabila didatangi rakan yang ingin meminjam wang, beliau menyarankan untuk secara tegas menolak memberikan pinjaman. Jika ada duit lebihan yang memang kita ikhlas untuk lepaskan, berikan ia sebagai hadiah/sumbangan (gift) dan bukannya hutang. Dengan cara ini, tiada isu mengejar hutang atau rasa kekok di kemudian hari.
Menurut beliau, meminjamkan duit akan mengubah dinamik hubungan daripada persahabatan kepada "pemiutang dan penghutang" (master and slave relationship). Yang akhirnya, merenggangkan hubungan tersebut. Saya setuju dengan pandangan ini kerana selepas wang saya dipinjam, biasanya akan muncul 2 perasaan;
Rasa malu untuk meminta bayaran
Sakit hati bila kita melihat dia bersenang-senang sedangkan hutang dia belum dilunaskan
Maka, untuk mengelak dari kemunculan perasaan ini, saya biasakan skrip ini mengalir dalam otak saya.
"Ini duit hasil titik peluh saya dan saya berhak menentukan penggunaannya. Keputusan kewangan saya muktamad dan saya tidak meminjamkan duit kepada sesiapa. Jika ada duit lebihan yang memang saya ikhlas untuk lepaskan, saya akan memberikannya sebagai hadiah/sumbangan (gift) dan bukannya hutang.'
Meskipun kita sedar bahawa wang tersebut adalah hak mutlak kita untuk diuruskan, mengapa masih sukar untuk berkata 'tidak'? Semua ini berpunca daripada satu emosi utama yang sering menjebak diri kita
Mengapa Rasa Serba Salah Menguasai Diri?
Di dalam setiap penerbangan komersial, anak kapal (flight attendants) sentiasa memberikan taklimat keselamatan yang sama.
"Sekiranya berlaku kecemasan, pakai topeng oksigen anda terlebih dahulu sebelum membantu orang lain."
Seperti situasi dalam kapal terbang. Ramai orang berasa serba salah apabila menolak kawan kerana mereka merasakan tindakan mendahulukan simpanan sendiri itu sebagai sifat mementingkan diri (selfish). Padahal, dari sudut psikologi dan kewangan, kita tidak boleh "menyelamatkan" orang lain daripada kelemasan kewangan jika kita sendiri bakal kehabisan "oksigen" (simpanan kecemasan) di kemudian hari.
Rasa serba salah menguasai diri kerana kita takut dianggap kawan yang jahat, bimbang merosakkan hubungan, dan terperangkap dengan dorongan empati serta tekanan emosi untuk sentiasa memuaskan hati orang lain melebihi keperluan sendiri.
Maka, untuk mengurangkan rasa serba salah ini, saya cuba membuat diri saya berasa bahawa saya sedang bertanggungjawab terhadap bajet saya. Saya menggunakan perkataan "membuat" kerana menyedari ia tidak mudah untuk mengelak daripada rasa serba salah, tapi saya paksa diri.
Boundaries are responsible, not selfish
Apabila anda mula menetapkan batas kewangan yang tegas, langkah seterusnya ialah membina emosi kewangan yang sihat. Pelajari caranya dalam panduan Prestasi Kewangan Merosot? Konsistenlah dengan 7 perasaan positif ini.
Kegagalan kita untuk mengawal rasa serba salah ini bukan sahaja menjejaskan emosi, malah ia boleh memulakan rantaian keputusan kewangan yang berbahaya.
'Domino Effect ' Apabila Sukar Berkata 'Tidak'
Kejatuhan Barings Bank pada tahun 1995 adalah contoh klasik kesan domino apabila sukar berkata "Tidak". Pengurusan bank tersebut segan dan percaya secara membuta tuli kepada pedagang mereka, Nick Leeson, sehingga terus meluluskan dana tambahan tanpa menyemak rekod audit dengan tegas.
Niat mahu menjaga hati "star trader" tersebut akhirnya membawa padah apabila kerugian Leeson mencecah £820 juta, sehinggakan bank berusia 233 tahun itu muflis serta-merta dan dijual dengan harga £1 sahaja.
Daripada kejatuhan Barings Bank, saya belajar untuk berkata 'tidak' kerana ia mencetuskan domino effect seperti simpanan peribadi bocor, bajet bulanan terganggu, emosi tertekan, dan apabila hutang gagal dibayar, persahabatan perlahan-lahan retak hinggalah kepercayaan hancur sepenuhnya.
Meskipun kesan domino ini jelas merugikan, ramai antara kita masih teragak-agak untuk bertindak tegas disebabkan oleh satu tanggapan salah yang sering menghantui fikiran.
Mitos: "Menolak Bermaksud Kedekut"
Chuck Feeney ialah pengasas bersama Duty Free Shoppers (DFS) dan seorang bilioner yang mendermakan lebih USD 8 bilion wang simpanannya secara senyap (Giving While Living). Beliau sangat terkenal sebagai seorang yang amat dermawan, namun dalam perhubungan peribadi dan perniagaan, beliau sangat tegas menolak permintaan memberi wang secara sebarangan atau percuma.
Apabila ada individu atau pihak yang meminta sumbangan atau pinjaman tanpa pelan yang jelas, Feeney menolaknya. Bagi Feeney, menolak bukan bermaksud kedekut, tetapi beliau enggan membiarkan wang tersebut disalahguna atau mewujudkan kebiasaan bergantung kepada orang lain (dependency). Beliau hanya menyalurkan dana kepada pihak yang betul-betul bersedia membina kejayaan sendiri.
Daripada kisah Chuck Feeney, saya belajar bahawa menolak pinjaman bukan tanda kedekut, melainkan tindakan bertanggungjawab mempertahankan kestabilan kewangan peribadi. Kedekut bermaksud enggan membantu walaupun mampu, manakala menolak kerana ada keutamaan dan sempadan kewangan yang perlu dilindungi demi mengelakkan kemudaratan.
Maksudnya, saya melihat penolakan sebagai bentuk tanggungjawab kewangan, kerana wang yang dikumpul bertujuan untuk keperluan dan kemajuan jangka panjang, bukannya untuk "menanggung" kesilapan atau tabiat kewangan orang lain.
Walau bagaimanapun, ketakutan untuk menolak ini kerap kali berpunca daripada satu kesilapan utama, iaitu kegagalan kita menetapkan garisan sempadan yang tegas sejak awal lagi.
Masalah Masuk Bila Batas Tak Jelas
Apabila kita tidak menetapkan sempadan (boundaries) yang jelas, kita secara tidak langsung memberi isyarat bahawa simpanan peribadi kita boleh diakses oleh orang lain.
Masalah utama bermula bukan semasa kawan gagal membayar hutang, tetapi pada detik pertama kita bersikap serba salah dan memberi jawapan samar (seperti "nanti aku tengok dulu" atau "tengoklah kalau ada baki"). Ketidakjelasan ini mewujudkan harapan palsu, menggalakkan mereka terus mendesak, dan akhirnya meletakkan kestabilan kewangan serta persahabatan kita di risiko krisis yang parah.
Masalah masuk bukan sebab orang lain jahat, tetapi sebab batas kita yang kabur. Untuk mengelakkan pintu kewangan anda terus terbuka tanpa kunci, anda perlu membina satu 'benteng pertahanan' yang jelas melalui skrip dan tindakan tegas yang boleh dipraktikkan serta-merta.
Tetapkan Peraturan Diri
Skrip Dan Langkah Tegas Menolak Tanpa Perlu Berperang
Tetapkan satu peraturan peribadi:
“Saya ada bajet yang ditetapkan untuk pinjaman kawan. Dan bajet itu perlu dipertahankan.”
Apabila kawan meminta pinjam, jawab dengan tegas dan ringkas:
“Maaf bro, aku ada bajet khas yang sangat terhad untuk bantu kawan setiap bulan, dan kuota untuk bulan ini memang dah penuh. Aku terpaksa pegang pada bajet ni supaya kewangan sendiri tak bocor.”
Jika kawan memaksa;
Kawan: Pinjam RM50, saya bayar RM400.
Jawab: Maaf, tidak boleh, Kawan tu kena bayar dulu, barulah saya boleh pinjamkan pada kau.
Kalau mengikut pengalaman saya, jawaban ini biasanya membentuk naratif yang saya seorang yang berdisiplin dan mempunyai sistem kewangan yang bersistematik, bukannya kedekut.
Sebaik sahaja anda berani mempraktikkan peraturan ini dan konsisten menetapkan batas kewangan, anda akan mula merasakan impak positifnya terhadap ketenteraman emosi serta kestabilan poket anda.
Simpanan Selamat, Hati Pun Tenang
Apa Jadi Apabila Anda Konsisten Berkata 'Tidak'?
- Keputusan menjadi lebih mudah.
- Rasa serba salah berkurang.
- Simpanan lebih terlindung.
- Risiko konflik kerana hutang berkurang.
- Persahabatan tidak bercampur dengan urusan pinjaman.
Pada akhirnya, keupayaan untuk berkata 'tidak' secara berhemah bukanlah tanda kita tidak prihatin, melainkan bukti keberanian kita dalam mengurus kewangan dan hubungan secara matang.
Kesimpulan
Bagi saya, menetapkan financial boundary ini bukanlah bermaksud kita seorang kawan yang mementingkan diri atau keras hati. Sebaliknya, ia adalah satu tindakan bertanggungjawab untuk melindungi dua perkara penting dalam hidup kita: kestabilan simpanan diri sendiri dan kelangsungan hubungan persahabatan itu sendiri.
Sepanjang saya belajar menguruskan kewangan, ada tiga iktibar utama yang saya pegang bila berdepan dengan situasi ini:
Duit Anda, Kawalan Anda: Kita ada hak mutlak ke atas titik peluh sendiri. Menjaga silaturahim tak pernah bermakna kita perlu menggadaikan dana kecemasan yang kita kumpulkan berbulan-bulan.
Kekuatan Peraturan Peribadi: Rasa serba salah itu biasanya datang bila kita tiada pegangan yang jelas. Apabila kita dah tetapkan satu peraturan peribadi (contohnya: "Aku memang tak bagi pinjam duit kat kawan" atau kunci simpanan dalam pelaburan), keputusan menolak akan jadi automatik dan jauh lebih ringan.
Salah satu cara paling mudah untuk 'mengunci' duit sebelum sempat dipinjamkan adalah dengan mengamalkan teknik Bayar Diri Sendiri Dahulu.
Penyelamat Hubungan Jangka Panjang: Menolak secara berhemah di awal permintaan sebenarnya jauh lebih baik daripada kita bermasam muka, terpaksa mengejar hutang, atau putus sahabat di kemudian hari.
Bila kita berani tetapkan batas ini, keputusan jadi lebih mudah, hati lebih tenang, dan simpanan kita terlindung daripada 'lebur' begitu sahaja.
Jika anda mahu membina sistem kewangan yang kukuh supaya simpanan anda kekal terlindung dalam jangka panjang, baca panduan lengkap Sistem Konsisten Menyimpan Duit: Panduan Lengkap.
